Tengok Je, Klik-Kliklah Sikit!!!

Thursday, October 13, 2011

Ubat Keputihan Pada Mulut / Lidah Bayi


Ambil air hangat dan titikkannya ke tempat yang puteh sebanyak 1 @ 2 titik, dalam seminggu akan sembuh.
Atau :                                                                           
ambil baking powder dan masukkannya ke dalam air suam, kemudian celupkan kapas dan sapukan ke lidah bayi tersebut.

Ubat Sakit Pinggang

Ambil sebiji betik muda, potonglah agak banyak ke sebelah pangkalnya sehingga menjadi dua bahagian kemudian masukkan sebiji telor ayam kampung ke dalam lubang pangkal betik tersebut, lalu sambungkan semula buah betik itu sehingga seperti asal (sebelum potong).  Kemudian masukkan betik tersebut ke dalam abu yang apinya masih hidup menyala sehingga betik itu menjadi lembik dan telornya masak.  
Makan telor tersebut seminggu sekali.

Ubat Disengat Lebah


Segera ambil bunga melati secukupnya, kemudian ramas2kan bunga tersebut dan gosokkannya ke tempat yang terkena sengat itu.  Kalau boleh cabutlah sengatnya.
Atau :                                                                                               
Ambil pisau dan asahkan matanya dengan air ke atas batu pengasah, kemudiannya ambil air dakinya lalu sapukan ke tempat yang terkena sengat itu.  Dalam masa 4 minit rasa sengatan akan hilang.

Ubat Pencegah Kelahiran @ Penjarang Beranak


Jika sudah disahkan oleh doktor bahawa jika anda mengandung tetap membawa kemudaratan kepada anda bolehlah menggunakan ramuan ini, tetapi jika tidak ianya adalah haram.                                                 
Ambil halia 1 oz, lengkuas 1 oz, lada sulah 1 oz, ragi dan asam kamal @ limau nipis juga garam secukupnya.  Mula2 lengkuas dan halia diparut, lada sulah dan ragi ditumbuk, kemudian semuanya dicampurkan bersama asam dan garam sehingga rata.  Apabila sudah rata, perah dan tapiskan airnya lalu dibuat minum 2 @ 3 kali sebulan, sekali minum 1 gelas.  Sebolehnya suami pun meminumnya juga.

Ubat Penyakit Lumpuh


Ambil segera daun Landep Ri (pokoknya banyak
terdapat di pagar2, batang dan daunnya berwarna hijau, hujung daunnya tajam dan batangnya berduri).  Tumbukkannya sehingga lumat bersama2 dengan adas Pulo waras, kemudian masukkan air masak secukupnya.  Lumurkan air tersebut ke tempat yang lumpuh itu pada setiap pagi dan petang.   
Dalam masa 3 bulan insyaAllah akan sembuh.

Ubat Penyakit Malaria


Ambil hempedu ayam yang mentah dan telanlah 1 hingga 3 hempedu sehari.  (Boleh dimasukkan di dalam kapsul).  Buatlah sedemikian selama 3 hari berturut2.  
Ulangilah pada bulan2 berikut (3 bulan sahaja) sehingga menghabiskan 9 hempedu ditelan.

Ubat Menghilangkan Karat Pada Gigi


Mungkin disebabkan rokok @ sebagainya :               
Ambil biji asam jawa kemudian gorengkannya tanpa menggunakan minyak dan tumbuklah sampai halus.  Ambil debu tersebut dan gosokkannya pada gigi anda dengan kain @ berus gigi.