Tengok Je, Klik-Kliklah Sikit!!!

Tuesday, August 9, 2011

Ubat Sakit Bisul


Bila bisul anda sedang membengkak, ambil tangkai daun sireh yang sudah ditumbuk perlahan2, kemudian celupkan tangkai itu dalam minyak kelapa dan bakarlah sehingga betul2 panas.  Kemudian tampalkan pada tempat bisul itu dan sapukan padanya.  Bagi bisul yang telah parah, buatlah selama 3malam.                                          Bagi bisul yang kecil, sapukanlah ia beberapa kali akan segera hilang.

Atau :                                                                          
Ambil daun kemboja, ramaslah dengan minyak kelapa kemudian tampalkan ke tempat bisul itu.

Atau :                                                                         
Ambil getah pokok kemboja dan sapukannya ke tempat bisul tersebut.

Ubat Payudara Membengkak


Ambil daun kacang panjang secukupnya, bersihkannya dengan air kapur sireh dan ramaskannya sehingga lembut kemudian tampalkan pada payudara anda yang sedang membengkak, bila ia sudah kering gantikan dengan yang baru pula.

Ubat Menghilangkan Rasa Hampir Pitam / Mabuk


Ambil beberapa ulas bawang merah, ketuk sampai pecah kemudian sedut baunya.                                                 Jika rasa hendak pitam genggamkan kedua2 belah jari kaki dan tangan dengan sekuat2nya.

Ubat Mabuk Darah / Mabuk Ubat Dll


Minumlah air kelapa sebanyak 2sudu besar sahaja, jangan lebih dari sukatan tersebut.

Atau :                                                                         
Minumlah air perahan kangkong.

Ubat Panas Pada Bayi 2 Tahun Kebawah


Ambil segelas air kelapa muda dan campurkan 1sudu besar madu kemudian kacau lalu diberi minum.

Ubat Sakit Tekak / Susah Menelan Makanan


Minumlah air sisa memasak nasi yang menggunakan periuk kukusan tembaga, sebanyak ¼ gelas sehari, airnya yang masih suam.

Ubat Menghilangkan Bisa Sengat Ikan Keli


Ambil serbuk kopi sebanyak 3sudu besar, masukkan ke dalam mangkuk, kemudian tuangkan air yang sedang mendidih ke dalamnya dan wapkannya ke bahagian yang terkena sengat itu, insyaAllah dalam beberapa saat akan hilang rasa sakit itu.

Ubat Rheumatik ( Sengal-Sengal Sendi / Otot-Otot


Ambil akar durian, cuci dan bersihkannya, kemudian rebuslah bersama dengan kaki ayam.  Minumlah airnya 3kali sehari, segelas sekali minum.

Atau :                                                                          
Ambil daun kecubung dan sapukan sedikit kapur sireh kemudian ditumbuk sampai hancur.  Letaklah di tempat yang bengkak @ sendi2 yang sakit itu.

Ubat Perut Anak Kembung


Ambil 2biji kedawung kemudian bakarnya sampai masak, tumbukkannya bersama bawang merah sebesar ibu jari dan adas secukupnya.  Setelah lumat, tampalkannya ke perut terutamanya pada bahagian pusat, punggung dan tapak kaki.

Ubat Kanak-Kanak Selsema Disebabkan Udara Sejuk


Ambil sehiris limau nipis, sapukan sedikit kapur sireh sebesar biji beras dan 2titik minyak kayu puteh ke atas hirisan limau itu.  Kemudian panggangkan limau tersebut di atas api dan perah airnya.  Berilah minum air limau ini kepada anak anda.

Ubat Penyakit Kudis / Koreng


Ambil 4 ke 5helai daun jarak (sejenis pokok yang renek dan bijinya mengandungi minyak, biasanya dijadikan pagar) ambil daunnya yang segar.                             

Mula2 bersihkan kudis itu dengan air suam, kemudian tampalkan daun jarak yang sudah ditumbuk sampai halus ke tempat kudis itu.  Setiap hari hendaklah digantikan dengan ramuan yang baru.  Seelok2nya air suam tadi hendaklah daripada air daun jarak.

Atau :                                                                         
Ambil seketul belerang dan minyak kelapa secukupnya, masukkan keduanya ke dalam tin dan panaskannya sehingga menjadi bubur.  Cucikan kudis tersebut dengan air suam sehingga bersih dan sapukanlah ramuan itu tadi ke tempat yang berkudis itu semasa ia masih panas.  Lakukannya pada setiap petang sesudah mandi.

Atau :                                                                          
Tumbukalah buah pinang yang sudah kering sampai hancur, kemudian campurkannya dengan minyak kelapa sehingga rata.  Setelah kudis dicuci dengan air hangat, sapukanlah ramuan ini pada kudis tersebut.

Ubat Panas Terkena Cili / Lada


Sapukan air garam ke tempat tersebut, kemudian salaikan bahagian yang tersebut itu dekat api, sesudah itu basuhlah dengan air dan sabun.

Ubat Penyakit Disentri


Sejenis penyakit tali perut yang menyebabkan cirit birit, berak bercampur lendir dan berdarah.       

Ambil biji kopi mentah secukupnya dan digorengkan tanpa minyak sehingga biji kopi menjadi hangus bahagian luarnya.  Ambil daun betik dan dikeringkan jangan menggunakan cahaya matahari.  Campurkan keduanya dan tumbuk sehingga halus.  Makanlah ia sekali sehari iaitu ambil debu tersebut sekadar 1gram sekali makan, amalkanlah selama 3 hingga 6hari.

Atau :                                                                         
Ambil 10gram gambir, 10gram kapor sireh, 10gram air.  Campurkan kesemuanya kemudian diperah.  Berilah minum kepada pesakit 3 hingga 4 kali, 1sudu besar sekali minum untuk sekali sehari.

Ubat Penyakit Disentri