Jika penyakit ini sudah pada tahap parah :
Gali pokok pisang gala, ambilkan umbinya yang sebahagian dalam tanah, hiriskan sebesar 2jari sebanyak 6keping @ 2genggam, ambil segenggam tanah liat berwarna puteh @ debunya kemudian rebuslah kedua2nya sehingga mendidih, kemudian minumlah semasa suam sebanyak 2kali sehari.
Jika penyakit ini pada peringkat awal :
Ambil sebatang pokok belimbing tanah, rebus dan minumlah airnya 2kali sehari.
Atau :
Ambillah 3 taring (ulas) bawang puteh yang kecil sahaja, tumbukkannya dan masukkannya ke dalam air masak kemudian diminum selepas sarapan pagi. Lakukannya setiap pagi selama seminggu, hasilnya tetap ajaib sekali.
Atau :
Ambil daun salderi ( daun sup) kemudian tumbuk sehingga halus, perahkan airnya dan minumlah setiap hari.
Atau :
Ambil segelas air kelapa muda, masukkan sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacaulah sehingga hancur dan minumlah air tersebut. Buatlah 2 kali seminggu.
Atau :
Makanlah setiap hari 2 taring (ulas) bawang puteh yang dibakar terlebih dahulu. Buatlah ia selama seminggu berturut2.
No comments:
Post a Comment