Tengok Je, Klik-Kliklah Sikit!!!

Saturday, July 16, 2011

Ubat Sakit Pada Punggung / Bengkak-Bengkak / Sakit Urat


Ambil daun kecubung dan campurkan kapur sireh, tumbuknya sampai halus, kemudian tampalkan ke tempat yang rasa sakit tersebut.
Atau :                                                                          
Ambil daun kecubung dan bawang merah, tumbuk sampai halus dan tampalkan ke pinggang yang sakit itu.

Ubat Sakit Panas Dalam


Pengidap penyakit ini akan sentiasa merasa haus dan bibir mulutnya akan pecah2.                                          Ambil segelas air kelapa muda dan sebiji telor ayam kampong, campurkan keduanya kemudian kacau hingga sebati.  
U Minumlah air itu semasa matahari sedang panas terik.

Ubat Bengkak Gusi


Ambil 5helai daun jarak, 1liter air dan sesudu besar air kapur sireh.  Rebuslah ramuan ini sehinggga mendidih, setelah dingin, minumlah air tersebut.

Ubat Budak Cacingan / Selalu Berak-Berak

Ambil daun pokok ketumbek, daun kapal terbang dan sedikit kapur sireh, kemudian ketiga2 digumpal sehingga keluar buih.  Ambillah buihnya itu dan lumurkan ke seluruh bahagian perut dan dibalut sebelum tidur malam. Buatlah sedemikian selama 2malam berturut2.
Atau :                                                                
Tumbukkan buah pinang yang sudah masak sehingga menjadi debu, letaklah sesudu debu itu ke dalam air panas, setelah sejuk minumlah.

Ubat Budak Cacingan / Selalu Berak-Berak


Ambil daun pokok ketumbek, daun kapal terbang dan sedikit kapur sireh, kemudian ketiga2 digumpal sehingga keluar buih.  Ambillah buihnya itu dan lumurkan ke seluruh bahagian perut dan dibalut sebelum tidur malam. Buatlah sedemikian selama 2malam berturut2.

Ubat Kencing Dedas / Besel


Ambil gula batu sebesar 2jari, telor puyuh 3biji, air nasi
(air didih) 5sudu besar kemudian campurkan kesemuanya dan kacau sehingga hancur.  Minumlah ramuan itu sebelum tidur malam dalam masa 2 @ 3 bulan.
Atau :                                                                             
Minumlah air perahan daun dukung anak.